HomeEntertainment Guna 'Pistol Mainan' Untuk Halau Jin, Cara Perubatan Ini Cetus Perdebatan...

[VIDEO] Guna ‘Pistol Mainan’ Untuk Halau Jin, Cara Perubatan Ini Cetus Perdebatan Netizen

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita harus percaya bahawa di dalam dunia ini bukan saja manusia, malah ada makhluk halus juga

Tidak dinafikan, kewujudan makhluk halus ini sudah pasti menakutkan kita. Ditambah pula dengan cerita-cerita seram yang sering kita dengar. Pelbagai jenis rupa makhluk halus ini.

Kita sebagai umat Islam haruslah sentiasa bertawakal dan berdoa kepada Allah SWT. Banyak video yang kita boleh lihat hari ini pelbagai jenis perubatan untuk menghalau makhluk halus ini.

Kebiasaannya, ustaz-ustaz akan membantu untuk membaca ayat Al-Quran dan beberapa kaedah Islam untuk merawatnya.

Namun, agak berbeza dengan video di TikTok ini apabila seorang pengamal perubatan Islam menghalau jin menggunakan ‘pistol mainan’ telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Dakwa ‘pistol mainan’ itu ada hikmat sebagai senjata menghalau makhluk halus

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ustaz sedang merawat seorang pesakit wanitanya. Difahamkan, wanita itu dirasuk oleh makhluk halus yang memasuki dalam badannya.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah alat yang digunakan oleh ustaz tersebut untuk merawat pesakitnya. Dia dilihat memegang pistol mainan sambil ‘menembak’ ke arah wanita berkenaan.

Menurut dari kapsyen ustaz itu, dia menulis, “Syukur kepada ???? yang telah memudahkan urusanku dengan hanya menggunakan pistol mainan dapat merawat pesakit ????? ??? jika tak faham atau tak suka kaedah rawatan saya, jangan menghina kerana ditakuti akan mendatangkan kemurkaan ???? seeloknya berjumpa dengan saya untuk penjelasan lanjut.”

Image via TikTok

“Kalau aku kat sana confirm dah terbahak” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 56.9K likes dan 6,359 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Image via TikTok

Semuanya terpulang atas izin Allah SWT, kita hanya mampu berusaha 😉

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News