Penyakit Polio Dah Kembali, Netizen Mahu Golongan Anti Vaksin Dibuang Negara

0
533

Penyakit polio merupakan satu penyakit berbahaya yang membawa maut dan berjaya dilupuskan dari negara ini pada tahun 2000

Gambar sekadar hiasan.
Image via Vaxbeforetravel

Bagaimanapun, ternyata kejayaan itu tidak kekal lama apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa penyakit itu telah muncul semula di negara ini.

Menerusi satu kenyatan media pada 8 Disember 2019, KKM mendedahkan bahawa satu kes polio dikesan di Tuaran, Sabah melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berusia tiga bulan.

Bayi tersebut pada mulanya mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital. Dia kemudiannya telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. 

Hasil siasatan mendapati kawasan kejiranan pesakit tersebut kebanyakannya tidak menerima vaksin polio

“Sehingga 5 Disember 2019, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio.

“Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa kesemua kanak-kanak tersebut telah bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio,” tulis kenyataan tersebut.

Kali terakhir kes polio dicatatkan di negara ini adalah pada tahun 1992 dan pada tahun Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisyhtiharkan bebas daripada penyakit polio.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Twitter @KKMPutrajaya

Malaysia merupakan negara kedua selepas Filipina mencatatkan kes polio setelah diisytiharkan bebas daripada penyakit tersebut

Pada 19 September 2019, Filipina mengesahkan dua kes penyakit polio iaitu vaccine-derived poliovirus type 2 (VDPV2). Kes pertama melibatkan kanak-kanak berusia 3 tahun di Lanao Del Sur manakala kes kedua adalah kanak-kanak berusia 5 tahun di Laguna.

Penyakit tersebut sudah dihapuskan di negara tersebut sejak dua dekad lalu. 

Gambar sekadar hiasan.
Image via WHO

Susulan berita tersebut, netizen menyalahkan golongan anti vaksin yang menyebabkan penyakit polio ini muncul kembali di Malaysia

Antivaks seronok la ni dengar berita ni

— . (@HeliumNitrate) December 8, 2019

Ini lah sebb perlunya vaksin , kesian dekt budak2 yg kena penyakit ni sebb mak babak tak nk cucuk vaksin lah apa lah , budak2 yg elok boleh jln sekrg cacat dh , kepada ibu bapa tolong lah sedar yg mana vaksin tu sgt sgt penting , jgnlah smpai anak nk mati baru nk sedar

— nurlmirayoueel (@hafizaheey) December 8, 2019

Ya Allah, sedihnya dgn berita ni.27thn tu 1 tempoh yg lama tp akhirnya kita tewas, apakah ini yg dimahukan oleh golongan anti vaccine?

— Pink Apple (@happiehikari) December 8, 2019

Kesian kat anak2 kecik , wahaii antivakss – sudah nampak sekarang ???

— iMissURasulullahSAW (@Misserinorla) December 8, 2019

Dalam pada itu, ramai yang memberi cadangan supaya hukuman berat dikenakan kepada golongan anti vaksin atau dibuang negara terus

kerajaan patut wajibkan vaksin, ibu bapa yg gagal denda + penjara, jangan dibiar geng bodoh sombong ni, menyusahkan orang lain.

— andri shah (@mohdandrishah) December 8, 2019

apa lagi. gugurkan kerakyatan antivaxxers & buang negara. ini ancaman kepada rakyat jelata. dah serupa komunis

— enchepandamerah (@theredpandasays) December 8, 2019

Saya ada cadangan, kenakan hukuman atau denda yang maksimum untuk ibu bapa yang tidak vaksin anak. Alaaa, macam perokok laa kena macam-macam. Boleh jana pendapatan negara sebab antivaksin makin ramai.

— Pyan (@alfianfaidhi) December 9, 2019

Degil sgtkan dh mendapat… Hrap kerajaan dpt kenakan denda mana yg degil2 mcm puak ni…

— asam_boy (@Asam_Boys) December 8, 2019

Sikap tidak bertanggungjawab golongan anti vaksin ini sepatutnya dibuang kerana ia tidak mendatangkan manfaat terutamanya kepada kanak-kanak. Sekurang-kurangnya, kasihanilah anak kamu yang kena hadapi ‘penyakit’ tersebut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebenarnya pengambilan vaksin ini sangat penting tau: