“Bila Anda Mahu Sedar?”- Dr Amalina Kesal Malaysia Di Tangga Tertinggi Penyakit Diabetes

0
368

Malaysia sememangnya dikenali sebagai syurga makanan oleh pelancong dan juga penduduk tempatan. Nak makan apa? Semua ada di sini!

Antara makanan tempatan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Image via Sutra

Malah, makanan di Malaysia tidak terhad kepada ‘lauk tempatan’ sahaja tetapi makanan-makanan negara lain juga sangat mudah untuk didapati. 

Jadi, tiada masalah kalau tiba-tiba teringin nak makan makanan Jepun, Korea ataupun Indonesia sebab memang boleh jumpa!

Namun, dalam pada Malaysia dikenali kerana makanannya, negara ini juga sebenarnya menduduki carta teratas untuk bilangan pesakit diabetes paling ramai

Perkara itu dikongsi oleh Dr Amalina Bakri di laman Twitter miliknya yang terkejut dengan kedudukan carta tersebut. 

Malaysia – paling tinggi di dunia https://t.co/1gxwYpFrqT

— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) December 22, 2019

Dalam pada itu, Dr Amalina turut meluahkan kekesalannya terhadap sikap rakyat Malaysia yang tidak peka dengan gaya hidup sihat yang sepatutnya diamalkan mereka

Walaupun sudah berbuih doktor-doktor memberi pendidikan perubatan, sesetengah orang kita masih lagi mengamalkan gaya hidup tidak sihat, malas bersenam, semua mahu ‘shortcut’ tanpa berusaha, pemakanan penuh dengan gula, garam,

— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) December 22, 2019

minum bercawan-cawan air boba, obses dengan suplemen dan ubat kurus tapi pemakanan yang paling ‘basic’ tidak jaga.Bila anda mahu sedar?

— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) December 22, 2019

Susulan itu, kelihatan ramai yang bersetuju dengannya malah turut menyalahkan ‘air boba’ dan minuman bergula lain yang menjadi pilihan ramai

Dah bobaaaa je manjang mana tak diabetesnya yob

— acap-able (@hacapmoh) December 23, 2019

In addition with the boba tea epidemic nowadays, not a surprise actually.. ‍

— Myra Akmal (@minnienonsense) December 22, 2019

we have bobba tea

— blackjack player (@askjohnwick) December 22, 2019

Lagi satu, air gas. Kenapa laa obses sangat minum air gas… aku ni nak minum sakit hidung2.. kalau nak minum pun aku buang dulu gas dia..

— wanita teraniaya (@lunaflaws) December 23, 2019

Manalah tak tinggi..sibuk offer or iklankn dessert yg tlebih manis, kadang minuman manis. I don’t know how people suka makan manis tlampau ni.. bila dh sakit siap nk emo bagai.. huhhh

— i’m tired playing nice person (@zalia211) December 22, 2019

It’s no surprise to see this when it is more common to see high-sugar-content carbonated drinks lining our local convenient stores’ fridge than regular drinks

— آلّنسئ (@allanseijitsu) December 23, 2019

Bagaimanapun, ada juga yang mengingatkan bahawa perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia

could it also be because Malaysia has the best healthcare, thus majority of the patients could receive treatment. whilst in other country they cannot afford the healthcare, wasn’t treated, therefore not in the statistic (?)

— su (@suhaidax) December 23, 2019

Best healthcare for the worst patient. Ironic. :”)

— Arif Zakwan (@arif_zakwan_) December 22, 2019

Tidak dinafikan memanglah sukar untuk menahan nafsu terutamanya dalam bab makanan ini. Tapi, kesihatan itu pun kena jaga juga tau supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Remember, you are what you eat.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Banyak juga isu lain yang Dr Amalina suarakan: