Isu depresi atau masalah mental lain banyak ‘menjangkiti’ orang ramai sekarang
Tidak dinafikan, terlalu banyak tekanan dalam kehidupan seharian serta kurangnya pendedahan mengenai masalah-masalah ini membuatkan para ‘penghidap’ tidak sedar akan masalah yang dihadapi.
Bukan itu sahaja, netizen juga sering dimomokkan dengan mereka yang mempunyai masalah mental sebagai ‘gila’ membuatkan ramai yang malu untuk mendapatkan bantuan kerana tidak mahu diejek di kemudian hari.
Sampai bila kita akan terus berada di takuk ini sedangkan saban hari bilangan mereka yang berdepan dengan masalah ini semakin meningkat?
Gambar sekadar hiasan.
Image via BBC
Baru-baru ini, seorang gadis iaitu Jahhhhnh berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai masalah yang dihadapi
Tulisnya, dia pernah berkeinginan untuk membunuh diri malah juga turut mencederakan dirinya sendiri. Namun, pada masa yang sama dia juga meminta bantuan rakan-rakan tentang keinginannya itu.
Bagaimanapun, dia kecewa dengan respon rakan-rakan membuatkan dia bertindak lebih jauh hinggakan hampir kehilangan nyawanya.
Baca perkongsian penuh di bawah:
(a thread)TwAwal tahun hari tu i posted a lot of post about wanting to die on my insta accountYes i was planning to commit suicide, i had scars on my wrist and scars everywhere on my armI was hoping that dropping signs to my friends will give them a clue about my planBUT- https://t.co/vSEYpvb581
— I’m okay (serious) (@jahhhhnh) December 3, 2019
Instead of comforting me, i was bashed with more hurtful words” kau pahal nak bunuh diri lak?”” setakat masalah kau ni small matter le, sikit sikit nak mati”” dengar cakap syaitan eh” Etc
— I’m okay (serious) (@jahhhhnh) December 3, 2019
It’s true that the one’s who hurt us the most are the one’s who are the closestSakit dia tak tau nak explain macam mana sbb member sendiri cakap macam tu
— I’m okay (serious) (@jahhhhnh) December 3, 2019
Guess what? I ended up slashing my wrist lagi teruk than beforeI guess my ‘friends’ thought i was jokingLol aku hampir mampos tahun ni korg mane tau sial
— I’m okay (serious) (@jahhhhnh) December 3, 2019
End up, pendam sorg sorgTahan sakit sorg sorgSumpah sakit sial
— I’m okay (serious) (@jahhhhnh) December 3, 2019
Bahasa:
“Awal tahun hari itu aku ada kongsi banyak tentang rasa nak bunuh diri kat akaun Instagram. Ya, aku bercadang untuk bunuh diri, aku ada parut di pergelangan tangan dan di seluruh tangan aku. Aku harap kalau bagi klu pada kawan-kawan aku, mereka akan tahu rancangan aku.
“Tapi…
“Mereka bukannya tolong aku sebalik lagi kecam aku adalah dengan ayat-ayat kejam dorang. ‘Kau pahal nak bunuh diri lak’, ‘setakat masalah kau ni benda kecil jelah, sikit-sikit nak mati’, ‘dengar cakap syaitan eh’.
“Betul cakap orang, mereka yang paling dekat dengan kita akan sakitkan kita paling teruk. Sakit dia tak tahu nak terangkan macam mana sebab member sendiri cakap macam itu.
“Cuba teka? Aku kelar tangan aku lagi teruk lepas tu. Mungkin kawan-kawan aku ingat aku gurau je kot. Lol, aku hampir mampus tahun ini mana korang tahu. Sudahnya, aku pendam sorang-sorang, tahan sakit sorang-sorang. Sumpah sakit!” tulisnya.
Gadis itu kemudiannya terjumpa perkongsian Aiman Psikologi di Twitter dan sedar bahawa dia perlukan berjumpa pakar tentang masalahnya itu
But luckily i read @AimanPsikologiPunya thread about mental health and self harm and baru i sedar yg i really needed help sbb i can’t stop cederakan diri and i don’t know why
— I’m okay (serious) (@jahhhhnh) December 3, 2019
Nak dipendekkan cerita, i eventually jumpa psychiatrist and it helped a lot because they gave me meds and it sort of helped me made my stable (sikit)
— I’m okay (serious) (@jahhhhnh) December 3, 2019
I was diagnosed by mental disorders but now I’m trying to recover cepat insha allahPray for me
— I’m okay (serious) (@jahhhhnh) December 3, 2019
Bahasa:
“Tapi nasib baik aku terbaca Aiman Psikologi punya bebenang dan cederakan diri sendiri dan baru sedar yang aku betul-betul perlukan bantuan sebab aku tak boleh berhenti daripada cederakan diri sendiri dan aku tak tahu kenapa.
“Nak dipendekkan cerita, aku akhirnya jumpa juga psikiatri dan ia sangat membantu sebab dorang bagi aku ubat dan benda itu tolong aku jadi stabil sikit.
“Aku didiagnos mempunyai masalah ganguan mental tapi sekarang aku sedang berusaha untuk sembuh cepat. InsyaAllah, doakan aku,” tulisnya lagi.
Tambahnya lagi, dia turut memohon agar orang ramai tidak mudah menghukum mereka yang mempunyai masalah mental
In conclusion, please seek help if you are suicidal and kalau perasan ade friends yg ade keinginan bunuh diri PLEASE I BEGG YOU COMFORT ELOK ELOK WITHOUT JUDGING THEM. BUKAN JADI BABI BASH BASH GUNA AGAMA OKAY
— I’m okay (serious) (@jahhhhnh) December 3, 2019
sebab ade banyak je cara utk comfort someone without menggunakan that judging card yn what i meann
— I’m okay (serious) (@jahhhhnh) December 3, 2019
And lagi satu kalau nampak scars kat tangan someone just mind yr own buisness jela, tak yah nak sibok sibok tanya ye
— I’m okay (serious) (@jahhhhnh) December 3, 2019
We should all belajar utk jadi good listener than being judgemental + bash each other because paham tak memendam perasaan and menyorok parut parut tu sakit sangat.. Tak tergambar sakit tu
— I’m okay (serious) (@jahhhhnh) December 3, 2019
Bahasa:
“Konklusinya, tolong dapatkan bantuan kalau kau orang ada masalah perasaan nak bunuh diri dan kalau perasan ada kawan yang nak bunuh diri. Tolong, aku merayu pada kau orang tolong pujuk elok-elok tanpa menghukum mereka. Bukan jadi bash bash orang.
“Sebab ada banyak je cara untuk beri semangat pada seseorang tanpa menghukum, anda tahu kan maksud aku? Lagi satu, kalau nampak ada banyak parut di tangan seseorang buat tak tahu sahajalah. Tak payah sibuk-sibuk tanya je.
“Kita semua harus belajar untuk jadi pendengar yang baik tanpa mudah menghukum orang + bash sesama sendiri sebab faham tak memendam perasaan itu dan menyorok parut-parut tu sakit sangat? Tak tergambar sakit itu,” tulisnya.


