HomeEntertainment"Jelingan Maut" - Sakan Main Lopak Air Depan Rumah, Terus Takut Kena...

“Jelingan Maut” – Sakan Main Lopak Air Depan Rumah, Terus Takut Kena Jeling Dengan Ayah

Cover image via @faisal.suhaimi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tiga orang remaja lelaki itu merakam diri mereka sedang melakonkan gaya gimnastik sambil mengenakan kain pelikat.

Baru-baru ini, video mereka viral lagi di TikTok apabila ayah mereka memberi jelingan ‘maut’ semasa mereka bermain lopak air.

Lihat video penuh itu di bawah:

@faisal.suhaimi

Reply to @nurammaranayla bleh pulak abah kitorang tgk,kami xperasan jelingan mauttt dia bagiii @sharifdaznisuhaimi 2nd acc @dora.expired

original sound – Faisal suhaimi – Faisal suhaimi

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang remaja lelaki sedang bermain air lopak di depan rumah mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ayah mereka dilihat memberi jelingan maut kepada mereka sebagai tanda marah. Mereka berdua dengan tidak berfikir panjang, terus pegang tangan antara satu sama lain, bangun lalu beredar dari situ.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.7M tontonan, 125K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beradik itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

More stories to read:

Must Read

Related News