Pop Meals
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mempunyai hampir 30 cawangan di Malaysia khususnya di Klang Valley, Pop Meals menyediakan makanan kegemaran lokal dengan harga yang berpatutan.
Jadi, jika anda baru pertama kali ingin mencuba Pop Meals, kami senaraikan 7 makanan daripada Pop Meals yang harus anda cuba.
1. Salted Egg Buttermilk Chicken
Salted Egg Buttermilk Chicken sudah menjadi kegilaan ramai zaman ini. Rasanya yang berlemak ditambah lagi dengan isi ayam popcorn yang rangup memang sungguh menyelerakan. Kuah salted egg buttermilk yang pekat membuatkan ia lebih lazat.
2. Honey Soy Sesame Chicken
Ayam popcorn yang diselaputi honey soy sauce lalu ditabur dengan bijan, memang sedap sekali! Lagi-lagi kalau makan ketika makanan masih panas. Rasanya yang manis tetapi balanced membuatkan ramai repeat makanan ini!
3. Spaghetti Beef Bolognese
Spaghetti sememangnya disukai ramai terutamanya Spaghetti Beef Bolognese daripada Pop Meals ini. Sos bolognese yang lazat ditambah lagi dengan daging lembu cincang yang lembut, anda perlu cuba makanan ini!
4. Creamy Mac & Cheese + Popcorn Chicken
Anda pencinta cheese? Anda wajib cuba Creamy Mac & Cheese + Popcorn Chicken daripada Pop Meals ini! Penuh dengan cheese dan berkrim, memang tak kedekut langsung.
5. Sweet & Sour Chicken
Tak manis sangat dan tak masam sangat, rasa yang seimbang dan lazat membuatkan ramai orang suka makan Sweet & Sour Chicken daripada Pop Meals. Ayam popcorn yang rangup di luar dan lembut di dalam menambah lagi selera.
6. Chilli Pan Mee with Onsen Egg
Antara makanan bestseller daripada Pop Meals, Chilli Pan Mee with Onsen Egg ini turut mendapat perhatian ramai. Dihidang bersama telur separuh masak, ikan bilis dan ayam cincang lalu dilengkapkan lagi dengan cili kering, memang perfect!
7. Pop’s Fish & Chips
Anda suka Fish & Chips? Jangan risau kerana Pop Meals turut menyediakan Fish & Chips yang crispy di luar, isi ikan lembut di dalam! Dihidangkan juga dengan kentang goreng serta dipping sauce melengkapkan lagi hidangan ini.