@zblack87 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila sudah berkumpul beramai-ramai, banyak topik yang boleh disembangkan dan banyak juga telatah mencuit hati.
Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok baru-baru ini memaparkan seorang mak cik diusik dengan ahli keluarganya lalu melatah telah mendapat perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zblack87 di TikTok, kelihatan seorang mak cik sedang berkumpul bersama ahli keluarga sempena Hari Raya.
Apa yang mencuit hati netizen adalah apabila dia tiba-tiba melatah dengan gaya seperti sedang bercakap di telefon. Bukan satu, tetapi tiga versi berbeza!
Ekoran tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 677.2K tontonan, 43.8K tanda suka dan 403 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gaya mak cik itu melatah.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: