@zierarizqi (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada yang perlu menunggu ahli keluarga yang lain pulang untuk masuk ke dalam rumah. Lebih teruk, ada juga yang sanggup panjat pagar atau masuk melalui tingkap kerana tidak mempunyai kunci.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini berkenaan sepasang suami isteri terpaksa mengejutkan anak mereka menggunakan galah untuk membuka pintu ini telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zierarizqi, dia dan suaminya sedang mengejutkan anak mereka yang tertidur di dalam bilik menggunakan galah.
Difahamkan, mereka keluar sebentar ke dobi dan apabila pulang anak mereka itu sudah tertidur dan mengunci pintu.
Walaupun sudah menggunakan pelbagai cara termasuk mengejutkan si anak menggunakan galah namun dia masih tidak sedar. Akhirnya, anaknya itu dilihat sudah bangun namun masih dalam keadaan mamai.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 70.3K tanda suka dan 752 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi lucu tersebut.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman yang serupa.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: