HomeEntertainment Suka Sangat Makan Maggi , Gadis Ini Dapat 'Kek' Hari Jadi...

[VIDEO] Suka Sangat Makan Maggi , Gadis Ini Dapat ‘Kek’ Hari Jadi Istimewa Dari Keluarga

Cover image via
@abdulcicis (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tetapi, pemakanan mi segera ini tidaklah begitu baik buat diri kita jika diambil selalu. Kalau sekali sekala teringin nak makan itu bolehlah.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang menunjukkan sambutan hari jadi seorang gadis bersama keluarganya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@abdulcicis

Birthday girlnya suka makan maggi ##foryoupage ##fyp

Oh No – Kreepa

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang menyambut sambutan hari jadi untuk seorang gadis.

Namun, difahamkan gadis berkenaan merupakan penggemar maggi dan telah membuatkan keluarganya mempunyai satu idea menarik.

Sedang asyik menyanyi lagu happy birthday, tiba-tiba datang seorang perempuan membawa kononnya ‘kek’ untuk gadis itu.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah ia bukanlah kek biasa kerana kelihatan mereka menyusun mi segera sambil meletakkan lilin ditengahnya. Malah, ‘kek’ itu juga siap boleh menarik duit keluar.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat keluarga itu. Malah, ada juga yang mahu melakukan perkara sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 82.9K views, 10.4K likes dan 247 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News