HomeEntertainment"Kalau Aku Pusing Balik" - Gadis Bawa Motor Lalu Depan Askar Berlatih...

“Kalau Aku Pusing Balik” – Gadis Bawa Motor Lalu Depan Askar Berlatih Raih Perhatian

Cover image via
@cahaayuu1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mana tidaknya, kadangkala ada sesetengah kaum lelaki suka mengusik sehingga akan membuatkan orang tidak selesa.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila dua orang gadis terpaksa lalu di tepi sekumpulan askar telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cahaayuu1 di laman TikToknya, kelihatan dua orang gadis sedang menaiki motor untuk pergi ke pasar.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila mereka dilihat gelabah kerana terpaksa lalu bersebelahan dengan sekumpulan askar yang sedang berlatih.

Mereka juga berkata itu merupakan satu-satunya jalan untuk pergi ke pasar. Oleh sebab itu, mereka terpaksa hadap untuk lalu di jalan tersebut.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 203K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa malu dan segan jika mereka berada di tempat gadis itu. Malah, ramai yang meninggalkan komen lucu menyakat gadis itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News