HomeEntertainment Selalu Bersendirian Dekat Rumah, Wanita Terkejut Tengok Lukisan 'Misteri' Anak

[VIDEO] Selalu Bersendirian Dekat Rumah, Wanita Terkejut Tengok Lukisan ‘Misteri’ Anak

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita harus percaya bahawa dalam dunia ini bukan saja manusia tinggal, tetapi makhluk halus juga

Sudah tentu, kita tidak boleh nampak makhluk halus ini tetapi ada sesetengah orang ‘istimewa’ boleh nampaknya termasuklah anak-anak kecil.

Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang wanita meluahkan rasa terkejut selepas melihat lukisan anaknya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@nicky_13101 #seram #risausangat #fyp Suara Musik Malam Seram – Rusli Ridwan

Bila ditegur anak hanya gelak saja

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu meluahkan rasa seramnya selepas melihat perangai si anak.

Difahamkan, semenjak dua menjak ini anak perempuannya sering suka bersendirian dan tidur di ruang tamu.

Wanita itu mendedahkan beberapa lukisan dari buku tulis yang agak menyeramkan dimana tidak pernah dilakukan oleh anaknya itu. Malah, dia juga memberitahu anaknya itu tidaklah berapa pandai melukis.

“Bila saya slowtalk dengan dia. Dia Just suka and gelak je, kami selalu juga bergaduh. Tapi biasalah gaduh anak dan mak. Minta semua doa yang baik-baik je ya,” tulisnya.

Image via @nicky_13101 (TikTok)

“Saya ada kenalan macam ni juga. Kalau dia stress, serabut, dia akan luah melalui lukisan” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama dan memberi pendapat mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.6M views, 199.3K likes dan 9,133 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @nicky_13101 (TikTok)

Image via @nicky_13101 (TikTok)

Image via @nicky_13101 (TikTok)

Image via @nicky_13101 (TikTok)

Image via @nicky_13101 (TikTok)

Image via @nicky_13101 (TikTok)

Semoga adik tu baik-baik saja dan dapat kembali ke kehidupan seperti biasa 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News