HomeEntertainment "Kesian Kuman" - Cara Lelaki Ini Kelirukan Kuman Buat Ramai Terhibur

[VIDEO] “Kesian Kuman” – Cara Lelaki Ini Kelirukan Kuman Buat Ramai Terhibur

Cover image via
@chesterpadang (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Walaupun peraturan 5 saat ini diketahui ramai, tetapi ianya tidak sahih. Berdasarkan kajian yang pernah dibuat, bakteria tetap akan melekat pada makanan tersebut sebaik sahaja ia menyentuh permukaan lantai.

Tular satu video di TikTok baru-baru ini, seorang lelaki membuat satu peraturan baru iaitu peraturan 3 saat untuk kelirukan kuman ataupun bakteria yang terdapat di permukaan lantai telah berjaya menghiburkan hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @chesterpadang di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang makan sambil meniarap berlapikkan tilam di atas lantai.

Tetapi, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila dia meletakkan sedikit makanannya di lantai dan cepat-cepat mengangkatnya semula. Kononnya, kuman tidak akan sempat melekat pada makanannya itu.

Semudah itu sahaja, kuman di permukaan lantai itu dipercayai telah berjaya dikelirukan olehnya. Dengan syarat, pastikan tiga saat sahaja!

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan kelakuan lelaki itu dan bersimpati terhadap kuman yang telah kena scam.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 301.4K likes dan 7,317 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News