HomeEntertainmentLelaki Ajak Abang Grabfood Berbuka & Sempat Bagi Duit Raya, Reaksinya Pula...

Lelaki Ajak Abang Grabfood Berbuka & Sempat Bagi Duit Raya, Reaksinya Pula Undang Sebak

Cover image via
@acak_east (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bukan saja perlu mengejar masa untuk menghantar pesanan pelanggan sebelum waktu berbuka puasa, malah mereka perlu meredah cuaca yang kadangkala tidak menentu.

Namun, mereka juga manusia biasa dan turut berpuasa seperti orang lain. Penat bekerja seharian jangan cakaplah, Tuhan saja yang tahu.

Baru-baru ini, sebuah video telah mengundang sebak ramai apabila seorang lelaki berhati baik mengajak seorang rider Grabfood berbuka di rumahnya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@acak_east Abang GrabFood menitis air mata bila berbuka bulan Ramadhan @mohdhaziqmansor #grabfood #foodpanda #fyp #foryoupage #foryou #ramadhan Allah Allah Aghisna – Jihan Audy

Menerusi video yang dimuat naik oleh @acak_east, kelihatan makanan berbukanya baru saja dihantar oleh seorang rider Grabfood.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila lelaki itu mengajak abang Grabfood tersebut untuk iftar sekali di rumahnya memandangkan waktu berbuka puasa sudah pun dekat.

Pada mulanya, rider berkenaan enggan berbuka sekali kerana malu. Tetapi, setelah dipujuk dia akhirnya setuju untuk berbuka puasa di rumah lelaki itu.

Mereka sempat berborak semasa iftar bersama dan pada akhir video, ramai yang sebak gara-gara lelaki itu memberikan sejumlah wang sebagai tanda terima kasih kepada rider berkenaan kerana sanggup menghantar makanan sampai depan rumah.

Lebih membuatkan ramai sedih adalah apabila rider itu dilihat sangat terharu dengan pemberian yang diterimanya pada bulan mulia ini. Dia sempat memeluk lelaki itu dan menitiskan air matanya.

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 1.7M views, 191.7K likes dan 4.8K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi abang Grabfood itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News