@ann_catannea (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti kita sudah nampak pelbagai idea kreatif mereka untuk menarik pelanggan membeli bukan? Ada yang kreatif dari segi mencipta nama menu dan ada juga yang pandai design poster.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan cara beberapa orang peniaga promote air di bazar Ramadan ini telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @ann_catannea, kelihatan situasi dimana beberapa orang peniaga sedang meniaga air di sebuah bazar Ramadan.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila peniaga-peniaga tersebut promote air dengan cara yang sangat kreatif iaitu mereka menyanyi ala-ala Choral Speaking.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat cara mereka promote air tersebut. Malah, ada juga netizen yang memuji kreativiti peniaga-peniaga tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 758.6K views, 46.4K likes dan 502 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: