@at_bie (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Iyalah, untuk mengelakkan daripada terkena keracunan makanan, kita perlu makan makanan yang bersih dari segi penyediaan dan persekitarannya.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita menemui lipas dalam makanannya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang makan di sebuah kedai yang tidak dikenal pasti sambil membuat live.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia terjumpa seekor lipas dalam makanannya yang berupa mi. Dia kemudian menegur tukang masak itu dengan cara yang baik dan tenang. Dia juga dilihat sangat matang semasa memberi teguran dan nasihat kepada tukang masak itu.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 254K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan cara dia memberi teguran.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: