@herdy2796 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Malah, telatah mereka sememangnya melucukan dan dapat menghiburkan sesiapa saja termasuklah orang awam.
Seperti sebuah video ini yang tular di Indonesia apabila seorang kanak-kanak lelaki dilihat syok ‘makan angin’ atas motor telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @herdy2796, kelihatan kanak-kanak itu yang sedang berhenti di lampu trafik sedang menangkap sesuatu.
Gelagatnya itu dirakam oleh lelaki yang kebetulan berhenti di belakang motor mereka. Apa yang menghiburkan adalah rupa-rupanya dia sedang menangkap angin dan memakannya.
Malah, dia siap membuat pipi kembung seolah-olah angin yang masuk ke dalam mulutnya itu benar-benar wujud.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 3.7M tontonan, 267.4K tanda suka serta 5.1K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat telatah spontan kanak-kanak lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: