HomeUncategorized Aksi Rider foodpanda Tolong Polis Cuba 'Tangkap' Penjenayah Ini Jadi Tumpuan...

[VIDEO] Aksi Rider foodpanda Tolong Polis Cuba ‘Tangkap’ Penjenayah Ini Jadi Tumpuan Ramai

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan agensi persekutuan dan penguat kuasa undang-undang terbesar negara ini

Malah, sudah menjadi tanggungjawab pihak polis juga untuk menjaga keamanan negara dan ketenteram awam termasuklah menangkap penjenayah.

Begitupun, tular satu video di media sosial Twitter yang dimuat naik oleh seorang pengguna, @anthraxxxx yang menyaksikan aksi kejar-mengejar antara kereta peronda polis dan suspek yang menaiki kenderaan Perodua Viva.

Begitupun, di sebalik cubaan pihak polis untuk menangkap suspek itu, muncul seorang rider foodpanda yang menaiki motor turut membantu mengejar suspek tersebut.

Tonton video penuh aksi kejar-mengejar itu di bawah:

Difahamkan kejadian itu berlaku di Taman Seri Orkid, Skudai, Johor

Di awal video tersebut, pihak polis sepertinya sudah hampir pasti menangkap suspek dengan mengepung kereta itu dihadapannya.

Namun, cubaan berkenaan tidak berjaya, suspek dilihat melanggar bumper kereta peronda polis tersebut sebelum berjaya meloloskan diri.

Begitupun, suspek itu diekori rapat oleh rider foodpanda yang turut berada di lokasi kejadian dan bertindak mengejar suspek dengan motosikalnya.

Hasil tinjauan di Twitter mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan rider itu kerana ketika delivery makanan pun masih sempat tolong pihak polis

Malah, ada di antara mereka juga berseloroh mengatakan kelibat rider foodpanda ini pasti ada di mana-mana jika melibatkan apa saja kejadian yang berlaku di negara ini.

Ketika artikel ini ditulis, video berdurasi 28 saat itu sudah meraih 292K tontonan, 3.8K retweets dan 5.9K likes.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Twitter:

Respect dengan abang foodpanda ni, dalam nak delivery makanan sempat lagi tolong polis kejar suspek. Terbaik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News