HomeUncategorizedApa Maksud EDP, EDT, EDC & EF Pada Botol Minyak Wangi? Ini...

Apa Maksud EDP, EDT, EDC & EF Pada Botol Minyak Wangi? Ini Beza Yang Anda Perlu Tahu

Minyak wangi merupakan salah satu aksesori kecantikan diri yang menjadi keperluan setiap orang

Mana tidaknya, minyak wangi akan membuatkan bau badan kita merasa sentiasa harum apabila berada di luar rumah.

Bagi sesetengah orang, minyak wangi sudah menjadi seperti satu barang aksesori yang penting untuk kecantikan diri kerana mereka merasa lebih yakin untuk berjumpa dengan orang ramai.

Namun, tahukah anda minyak wangi sebenarnya terdapat dalam pelbagai jenis seperti Eau de Parfum (EDP), Eau de Toilette (EDT), Eau de Cologne (EDC) dan Eau Fraiche (EF). Apakah beza antara semua ini? Jom kita lihat penerangan di bawah:

Image via Beverly

Perfume

Zaman sekarang ini memang agak sukar untuk mencari minyak wangi yang asli. Maksud asli ini adalah minyak wangi yang mempunyai kepekatan sebanyak 15% hingga 40%. 

Hal ini kerana kebiasaannya minyak wangi tersebut harganya jauh lebih mahal dan ia tidak diletakkan di dalam botol jenis spray.

Gambar sekadar hiasan.
Image via IVIS

Eau de Parfum (EDP)

Eau de Parfum mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi di antara ketiga-tiga jenis minyak wangi. Malah EDP boleh tahan sehingga 5 jam baunya.

Ia juga lebih kurang sama seperti perfume cumanya lebih kepada air dan alkohol. Jenis minyak wangi ini selalunya jarang dapat kita lihat dijual dalam botol kaca. Kepekatan minyak wangi ini adalah 10% hingga 20%.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The Fragrance Shop

Eau de Toilette (EDT)

Eau de Toilette adalah minyak wangi yang mempunyai bau lebih ringan dan masih dijual dalam bentuk botol spray. EDT ini terdapat lebih banyak kandungan alkohol dan baunya tidak dapat tahan lama.

Kebiasaannya orang yang menggunakan EDT akan menyembur berulang kali kerana baunya yang cepat hilang berbanding EDP. Kepekatan minyak wangi ini adalah 4% hingga 15%.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Coveteur

Eau de Cologne (EDC)

Jenis minyak wangi Eau de Cologne ini mungkin jarang sekali kita dengar. Nama asal Cologne adalah sebuah bandar di Jerman. Di mana aromanya pertama kali di buat dari Cologne.

Kebiasaannya bau Cologne ini sangat ringan tetapi menyegarkan. Ianya diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi pelbagai bahan seperti minyak pati, lemon, oren dan bergamot.

Malah, mereka juga meletakkan minyak lavender dan rosemary di dalamnya. Namun baunya juga tidak boleh tahan begitu lama seperti EDP. Kepekatan minyak wangi ini adalah 2% hingga 5%.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Tesco Lotus

Eau Fraiche (EF)

Eau Fraiche merupakan minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol dalam jumlah yang tinggi. EF ini kebanyakannya mengandungi banyak air dan bagus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Namun, ia sangat sukar untuk didapati di sini. Baunya pula boleh bertahan sehingga dua jam. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kepekatan wangian yang lebih rendah iaitu hanya antara 1% hingga 2%.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Be Spoke Unit

Harap perkongsian di atas dapat membantu korang dalam membuat pilihan minyak wangi 🙂

via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News