HomeEntertainment"Tidur Mati" - Lelaki Tak Sedar Kena Angkat Masuk Van Sampai Ke...

“Tidur Mati” – Lelaki Tak Sedar Kena Angkat Masuk Van Sampai Ke Kuantan Ini Raih Perhatian

Cover image via
@muhkrim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Apabila seseorang itu tidur mati ia bermaksud dia sudah mencapai tahap rehat yang secukupnya. Pasti ada di antara kita mempunyai rakan yang suka tidur mati sehingga sangat sukar untuk dikejutkan bukan?

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang tidur mati sehingga dia tidak sedar di bawa sampai ke Kuantan telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @muhkrim, kelihatan seorang lelaki yang sedang tidur lena di dalam sebuah van yang menuju ke Kuantan.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila rakan-rakannya dilihat mengangkat lelaki yang sedang tidur di rumah lalu memasukannya ke dalam van tanpa dia sedari.

Apabila sampai di Kuantan, barulah lelaki itu dikejutkan. Rekasinya pula dilihat masih mamai dengan apa yang berlaku.

Lihat video sambungan di bawah:

@muhkrim Reply to @ruzainh Oh No – Kreepa

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga 1.2M tontonan, 71.9K tanda suka dan 850 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat lelaki tersebut tidur mati sehingga tidak sedar sampai ke Kuantan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News