HomeEntertainment"Tak Geli Ke" - Anak Selsema, Ayah Sanggup Sedut Hingus Guna Mulut...

“Tak Geli Ke” – Anak Selsema, Ayah Sanggup Sedut Hingus Guna Mulut Raih Perhatian Netizen

Cover image via
@zati.shahril (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baik demam biasa ataupun flu saja, ia cukup merunsingkan para ibu bapa. Setiap ibu bapa pasti ingin anak-anak mereka cepat sembuh dan kembali sihat.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ayah dilihat menyedut hingus anaknya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zati.shahril

Be the parent you never had @puteradanial18

suara asli – punya kamu? – punya kamu?

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ayah bersama anaknya sedang berada di dalam kereta.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si ayah dilihat sanggup menyedut hingus anaknya menggunakan mulut. Anaknya itu dipercayai sedang mempunyai flu dan selsema. Sebaik saja ayahnya menyedut, dia mengeluarkan semula dan diletakkan dalam tisu.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 676K tontonan, 53K tanda suka dan 769 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News