HomeEntertainment"Terperanjat" - Reaksi Lucu Budak Kecil Melatah Tersedar Ikan Di Sekeliling Curi...

“Terperanjat” – Reaksi Lucu Budak Kecil Melatah Tersedar Ikan Di Sekeliling Curi Tumpuan

Cover image via
@normahsalleh815 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, gelagat dan aksi mereka yang melucukan itu sudah tentu pasti akan menghiburkan para ibu bapa. Kadangkala, kita akan menjadi geram melihat aksi lucu mereka itu.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak perempuan dilihat tiba-tiba melatah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan bersama ayahnya sedang berada di sungai.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak kecil itu dilihat sangat teruja berdiri di tengah-tengah sungai. Dia kelihatan sedih kerana semua ikan beredar dan berenang ke kawasan lain.

“Alaaa, ikan takda.” katanya.

Kemudian, lebih melucukan lagi apabila dia menjerit ketakutan sebaik saja dia menoleh ke depan dan tersedar banyak ikan di sekelilingnya.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 354K tontonan, 44K tanda suka dan 588 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News