Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kita semua dikehendaki untuk pergi ke kelas memandu untuk mendapatkan lesen kenderaan
Hari pertama belajar di kelas memandulah membuatkan ramai yang nervous dan excited disebabkan pertama kali memegang stereng kereta. Banyak pengalaman pahit dan manis yang boleh dikenang semasa belajar memandu dulu kan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang cikgu memandu merakam pelajarnya side parking sambil membebel telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
apabila belajar main hentam bila marah cakap cikgu jahat.. ye ler jahat ler abg ni.. #fyp #fypforyoupage #appypyna
original sound – appy pina – appy pina
Cikgu membebel dan kecewa sebab dah ajar banyak kali
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi rakaman sedang memaparkan keadaan pelajar memandu nak side parking.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila cikgunya itu merakam sambil membebel yang dia dah banyak kali mengajar cara side parking, namun tetap sahaja gagal.
Lebih melucukan lagi adalah apabila pelajarnya itu confident sehingga kereta itu naik divider. Pada akhir video, dia juga mengangkat tangan menandakan yang dia telah berjaya side parking.
Image via @appypyna (TikTok)
“Saya kalau pergi shopping complex, susah sangat parking. Saya balik je bang. Nervous orang tengok reverse ke depan reverse ke depan” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.8M tontonan, 80K tanda suka dan 8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @appypyna (TikTok)
Image via @appypyna (TikTok)
Image via @appypyna (TikTok)
Image via @appypyna (TikTok)
Side parking memang susah bang, kena bagi dia hafal formula tu! 😛
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik