HomeNEWSSelepas sehari dilancarkan, album solo Kai EXO duduki carta iTunes

Selepas sehari dilancarkan, album solo Kai EXO duduki carta iTunes

Peminat begitu teruja dengan penghasilan album solo Kai. (Gambar Instagram)

Walaupun baru sehari dilancarkan, album solo pertama nyanyian Kai dari kumpulan EXO telah menerima sambutan yang hangat dari peminat di seluruh dunia. Termasuk Malaysia, muzik video berjudul Mmmh yang dimuat naik di laman YouTube telah menjadi trending.

Album yang berjudul KAI ini menduduki carta Top Album di aplikasi iTunes di tangga pertama di 50 negara antaranya Malaysia, Indonesia, Kanada, Perancis, Singapura, India, Belanda, Filipina, Hongkong dan lain-lain negara.

Malah, album yang dilancarkan pada Isnin lalu ini turut berjaya menduduki puncak jualan secara digital menerusi beberapa aplikasi lain iaitu QQ Music, Kugou Music dan Kuwo Music.

Album ini turut berjaya menduduki puncak jualan secara digital menerusi beberapa aplikasi lain iaitu QQ Music, Kugou Music dan Kuwo Music.

Mengandungi enam buah lagu, ianya membawa pelbagai genre muzik iaitu Mmmh, Nothing On Me, Amnesia, Reason, Ride Or Die dan Hello Stranger.

Nama Kai turut trending menerusi laman Twitter, di beberapa buah negara dan rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dengan penghasilan ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Must Read

Related News