HomeEntertainment"Sejuk Perut" - Mak Terus Tak Jadi Marah Bila Dengar Anak...

“Sejuk Perut” – Mak Terus Tak Jadi Marah Bila Dengar Anak Berzikir Sambil Buat Sepah

Cover image via
@naddy7392 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ia juga merupakan salah satu cara mereka untuk membina kreativiti. Walau bagaimanapun, apabila anak membuat sepah, pasti penat ibu bapa nak mengemasnya bukan?

Lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan seorang wanita yang tidak jadi marah apabila anaknya membuat sepah sambil berzikir ini telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @naddy7392, kelihatan dia sedang merakam anaknya itu membuat sepah di ruang tamu rumah mereka.

Ruang tamu rumah mereka itu, sudah hampir penuh disusun pinggan oleh anaknya. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila anaknya itu dilihat berzikir sambil menyusun pinggan.

Hal ini telah membuatkan dia terus tidak jadi hendak memarahi anaknya menyepahkan rumah.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berasa senang hati melihat budak lelaki itu berzikir walaupun sambil membuat sepah. Malah, ada juga yang mendoakan agar dia menjadi anak yang soleh.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 202K views, 16.6K likes dan 610 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News