HomeEntertainmentPenangan Raya Huru-Hara Sampai Lupa Angkat Tudung Dekat Kereta Ini Buat Ramai...

Penangan Raya Huru-Hara Sampai Lupa Angkat Tudung Dekat Kereta Ini Buat Ramai Terhibur

Cover image via
@usernnadd (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mana tidaknya, seluruh Malaysia terkejut dengan pengumuman raya yang diberitahu sehari sebelum. Memang ramai yang kelam-kabut membuat rendang, membeli baju raya dan macam-macam lagilah.

Sama seperti video di TikTok ini yang memaparkan ada orang terlupa mengangkat tudung di kereta pada malam raya telah menghiburkan hati netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @usernnadd, kelihatan dia merakam sebuah kereta Myvi yang sedang bergerak menuju ke destinasi yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila terdapat sehelai tudung yang dijemur di belakang kereta tersebut.

Agaknya pemilik kereta tersebut terlupa nak mengangkat tudung yang dijemurnya kerana kalut sangat hendak membuat persiapan hari raya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi lucu tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.7M views, 154.8K likes dan 4.9K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read:

Must Read

Related News