HomeEntertainment"Nasib Baik Aku Kunci" - Wanita Terkejut Lelaki Tak Dikenali Cuba Buka...

“Nasib Baik Aku Kunci” – Wanita Terkejut Lelaki Tak Dikenali Cuba Buka Pintu Kereta

Cover image via
@emmazack521 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah tentu perkara ini sangat membahayakan, tambahan lagi buat wanita yang selalu berseorang diri. Mereka ini senang untuk menjadi target.

Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini, memaparkan seorang wanita sempat merakam aksi seorang lelaki yang cuba menceroboh masuk keretanya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi detik cemasnya ketika dia sedang berseorang diri di dalam kereta.

Dia menunjukkan seorang lelaki secara tiba-tiba datang menghampiri keretanya dan cuba untuk membukanya menggunakan beberapa benda.

Situasi itu membuatkan wanita tersebut ketakutan dan sempat merakam kejadian tersebut. Mujur saja dia mengunci keretanya itu. Lelaki berkenaan akhirnya beredar dari keretanya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan memberi pesanan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 47.3K likes dan 1,803 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News