HomeEntertainment"Nak Pose Tapi Malu?" - Self Shoot Studio Di Kuala Lumpur Ini...

“Nak Pose Tapi Malu?” – Self Shoot Studio Di Kuala Lumpur Ini Buatkan Anda Puas Photoshoot

Cover image via
@meers.studiokl (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kalau ada pun, kebanyakannya adalah photobooth yang harganya agak mahal. Self shoot studio ini merupakan studio yang menyediakan pelbagai alat kelengkapan untuk bergambar, termasuklah props seperti bunga, kaca mata dan sebagainya. Apa yang lebih menarik adalah pelanggan boleh menangkap gambar sendiri tanpa photographer.

Seronok kan? Haa, siapa yang malu-malu dan sentiasa rasa awkward bila posing tu boleh lah ajak kawan-kawan cuba buat self photoshoot di studio. Gambar serupa gambar profesional di studio!

Meers Studio menawarkan self shoot studio, sesuai untuk sesiapa yang mempunyai hobi bergambar dan sukakan privasi.

Yang bestnya, anda boleh bergambar sepuas hati. Setelah tamat tempoh masa, anda terus boleh dapatkan soft copies dan 1 keping gambar dicetak. Boleh buat kenangan!

Di Meers Studio, privasi pelanggan sangat dititikberatkan. Bukan setakat dapat ruangan peribadi untuk bergambar, tetapi hanya pelanggan saja yang mempunyai akses untuk gambar mereka. Mereka boleh memilih untuk memadam gambar setelah dicetak.

Badreena dan Hafiz, pemilik Meers Studio berkata kepada SAYS Seismik, mereka terinspirasi dengan gaya studio di Korea, Singapura dan Indonesia. Mereka juga mendapat sokongan daripada orang awam kerana dengan adanya self shoot studio, ramai yang di luar sana tidak lagi malu untuk bergambar.

Jom lihat suasana studio itu di bawah:

Gambar memang sangat penting pada zaman sekarang, tidak kisahlah jenis soft copies atau dalam bentuk kepingan. Memang dua-dua yang akan dijadikan memori terindah.

Kepada Instagrammers, anda boleh terus muat naik gambar profesional anda di laman Instagram. Do it for the gram!

Jika anda berminat, boleh terus serbu. Jangan lupa booking dulu!

Tempat:
3 Towers, Jalan Ampang

Waktu Operasi:
Selasa – Jumaat (3pm hingga 9pm)
Sabtu – Ahad (11am hingga 9pm)

Klik sini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

More stories to read:

Must Read

Related News