@saifulizzan99 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan pula kalau sudah lama tak merasa makan nasi minyak, memang kadangkala membuatkan kita teruja sehingga terlupa sesetengah perkara.
Baru-baru ini, berlaku satu situasi lucu di kenduri kahwin apabila gelagat seorang lelaki menggunakan alas pinggan dengan cara yang salah telah membuatkan ramai terhibur.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @saifulizzan99, kelihatan sekumpulan lelaki itu menjamu selera di sebuah majlis kenduri.
Apa yang melucukan adalah apabila mereka semua menggunakan alas makanan di atas pinggan untuk meletakkan nasi dan lauk kenduri, namun salah seorang daripadanya tersilap cara.
Lelaki itu dilihat menggunakan alas pinggan dengan gaya yang salah dan tidak sama dengan kawan-kawan lain. Kebiasaannya, pihak katering akan menggunakan alas pinggan seperti itu untuk memudahkan kerja mereka supaya pinggan tidak terlalu kotor.
Selepas ditegur caranya itu salah, dia seperti ingin membela tindakannya dan tergelak kecil apabila kawan-kawan yang lain turut terhibur melihat caranya menggunakan alas pinggan itu.
Manakala, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagatnya.
Malah, ada yang mengatakan dia boleh turut serta kumpulan pelawak Sepahtu dan menggantikan Shuib kerana lawaknya itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:


