HomeEntertainmentMak Ayah Suruh Buat Loan Untuk Majlis Kahwin, Pasangan Dedah Seksa Hidup...

Mak Ayah Suruh Buat Loan Untuk Majlis Kahwin, Pasangan Dedah Seksa Hidup Bayar Hutang

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, pasangan pengantin akan menghabiskan duit untuk majlis perkahwinan mereka

Banyak juga yang perlu dibelanjakan selain makanan, ada juga pelamin, baju dan dewan yang perlu disewa untuk hari bahagia tersebut. Namun, pasangan pengantin disarankan untuk membelanjakan wang mengikut kemampuan supaya tidak terbeban.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan luahan hati pasangan pengantin tentang majlis perkahwinan mereka telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Derita buat loan utk majlis kahwin. Hidup tak bahagia, asyik fikir hutang. pic.twitter.com/JJshVgbQSH

— Emosi (@ConfessTweetMY) November 8, 2022

Mak bapak paksa buat loan untuk jemput lebih ramai tetamu

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin meluahkan perasaan mereka tentang deritanya melalui akaun @ConfessTweetMY di Twitter.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila ibu ayah pasangan itu memaksa anak-anak untuk membuat personal loan untuk melangsungkan majlis kahwin. Alasannya adalah untuk menjemput lebih ramai tetamu kerana mempunyai rakan dan saudara ramai.

Kini, pasangan pengantin itu terpaksa untuk menanggung derita hutang. Setiap malam mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk melangsaikan hutang itu.

Image via @ConfessTweetMY (Twitter)

Image via @ConfessTweetMY (Twitter)

“Itu lah masalahnya, mak ayah yang beria. Padahal kecik-kecik pun dah okay, tapi mak jugak besar” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5K retweets, 1K quote tweets, 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di Twitter:

Jangan give up dulu. Hold kejap untuk anak. Jangan tambah hutang baru. Menyewa je dulu. InsyaAllah boleh survive.

— Ali Sinatra (@RajaHaziq213) November 8, 2022

40k bukan jumlah kecik besar tu boleh dapat depo rumah/kereta . Tak salah majlis bersederhana asalkan tiada hutang dikemudian hari .

— (@bornfeb92) November 8, 2022

Usahkan depo kereta , boleh beli cash dah ye kereta yang beshe beshe gituw

— N.aaa (@NrLyienaa) November 8, 2022

Allah. Sedih aku baca.. Semoga anon dipermudahkan urusan.

— IR.mieja (@amizahmieja) November 8, 2022

disebabkan nkkan ikut kehendak mak ayah.. anak menantu terpaksa tanggung hutang..sedihnyaa bace confession ni.

— (@fyqass) November 8, 2022

Patut tepek loan statement tu dekat kepala mak bapak dia suruh settlekan. Dari loan kahwin tu better loan kereta buat grab car lagi untung. Orang tua memang banyak takde common sense. Dia fikir harga kenduri 1000 pax mcm tahun 80an.

— Firdaus (@_firdauskamal) November 8, 2022

Since dah buat loan. Duit simpanan kahwin tu kemana? And check kwsp acc. Try tanya boleh keluarkan acc 2 untuk tutup loan tu tak. It will help a lot kalau boleh guna duit kwsp tu.

— shouya majnun. (@myrabelll) November 8, 2022

Bkn nak ckp bodoh betul parent yg suggest loan n summore buat kat hotel apa bangang. Buat kt rumah pon dah okay! Ukur bdn sendiri anak ko mampu takat mana! Parent pon kalo x reti nk hulur jgn nk suggest pelik2. Haisy marah betul igt sng ke nk bayar hutang disebabkan majlis sehari

— Flo (@Feefeeku) November 8, 2022

Kesian pula baca, semoga dipermudahkan urusan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News