HomeEntertainmentKonon Nak Rakam Video Aesthetic, Sekali 'Soalan' Budak Lelaki Ini Buat Satu...

Konon Nak Rakam Video Aesthetic, Sekali ‘Soalan’ Budak Lelaki Ini Buat Satu Flight Ketawa

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak Malaysia sudah membenarkan rakyat untuk kembali melancong, banyak video-video percutian menarik kita dapat lihat terutamanya di laman TikTok

Rakaman dari dalam kapal terbang juga menjadi footage wajib bagi sesiapa yang travel ke luar negara. Iyalah, baru ada mood nak jalan-jalan kan.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang gadis sedang merakam footage kapal terbang baru berlepas bertukar menjadi insiden lucu telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru nak rekod video aesthetic, sekali lain pula yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syakirah.ly, kelihatan gadis itu sedang merakam pemandangan dari tingkap kapal terbang yang baru saja berlepas.

Kononnya, dia ingin membuat video itu nampak seperti aesthetic. Tetapi, sebaik saja dia merakam, tiba-tiba kedengaran suara seorang budak lelaki yang sedang teruja bertanyakan satu soalan kepada ibu bapanya.

“Woah, woah! Kita nak pergi kat bulan ke?!” katanya. Perkara tersebut membuatkan gadis itu dan beberapa penumpang lain tergelak kerana soalannya yang lucu itu.

Lihat video sambungan itu di bawah:

“Hahaha sama dengan anak aku. Naik flight punya la bising. Time nak landing dia boleh buat bunyi macam flight terhempas, geram betul aku hadehhh” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 3.9M views, 575.3K likes dan 3.8K shares di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat budak itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama membawa anak mereka menaiki kapal terbang.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @syakirah.ly (TikTok)

Image via @syakirah.ly (TikTok)

Image via @syakirah.ly (TikTok)

Image via @syakirah.ly (TikTok)

Image via @syakirah.ly (TikTok)

Image via @syakirah.ly (TikTok)

Image via @syakirah.ly (TikTok)

Image via @syakirah.ly (TikTok)

Image via @syakirah.ly (TikTok)

Image via @syakirah.ly (TikTok)

Soalan dia memang tak terfikir dek akal. Takutlah kalau satu flight naik ke bulan dik 😀

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News