HomeNEWSKes baru Covid-19 terus lepasi angka 1,000

Kes baru Covid-19 terus lepasi angka 1,000

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 1,309 kes baru Covid-19, sementara 1,333 kes sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan kes positifdi negara ini setakat ini sebanyak 64,485 kes dengan kes aktif 11,481 kes.

“Dukacita dimaklumkan terdapat 3 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 357 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Must Read

Related News