HomeEntertainment"Kau Ingat Aku Apa?" - Lelaki Ini Berleter Sebab Kena Habiskan Makanan...

“Kau Ingat Aku Apa?” – Lelaki Ini Berleter Sebab Kena Habiskan Makanan Undang Tawa Ramai

Cover image via
@nrerny__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Namun, kita mestilah mengawal nafsu tersebut supaya tidak mendorong kepada pembaziran kerana membazir itu adalah amalan syaitan.

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang lelaki melepaskan geram akibat disuruh menghabiskan makanan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nrerny__ di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang membebel kepada seorang wanita di sebelahnya kerana disuruh menghabiskan makanan.

Apa yang menghiburkan hati netizen adalah ayat-ayat yang dikatakan oleh lelaki tersebut seolah-olah dia sudah lama memendam perasaan.

Di hujung video, lelaki itu sempat berkata kepada wanita di sebelahnya “Kau ingat perut aku macam Jin macam kau?”.

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 290.9K tontonan, 25.1K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gaya lelaki tersebut berleter.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News