HomeEntertainmentAyah Pesan Suruh Tumbuk Balik Jika Kena Buli, Tapi Lain Pula Jadinya...

Ayah Pesan Suruh Tumbuk Balik Jika Kena Buli, Tapi Lain Pula Jadinya Kalau Cikgu Panggil

Cover image via
@ayinchai_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jadi, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk membimbing mereka ke arah kebaikan atau keburukan.

Setiap ibu bapa mempunyai peranan masing-masing dalam mendidik anak-anak. Selalunya, ibu dilihat lebih suka memberi nasihat berbanding dengan ayah.

Namun, berbeza pula dengan video di TikTok ini berkenaan nasihat seorang ayah yang telah menghiburkan hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ayinchai_, kelihatan seorang lelaki yang sedang menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Sebelum masuk ke sekolah, lelaki tersebut sempat memberi pesanan kepada anak-anaknya. Dia berpesan supaya anak-anaknya itu melawan kembali dengan tumbukan jika kena buli.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia berkata akan menyuruh isterinya yang datang berjumpa cikgu jika anak-anaknya ditangkap menumbuk orang. Hal ini kerana, kononnya isterinya itu lebih gangster.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.9M tontonan, 183.6K tanda suka dan 4.2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar lelaki tersebut memberi nasihat kepada anak-anaknya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News