HomeEntertainment"Kau Hisap Pod Ke?" - Reaksi Remaja Disoal Siasat Ibu Bapa Ini...

“Kau Hisap Pod Ke?” – Reaksi Remaja Disoal Siasat Ibu Bapa Ini Raih Tawa Warganet

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peranan ibu bapa sangat penting dalam melahirkan suasana meriah dalam keluarga

Iyalah, masalah komunikasi antara ahli keluarga sering menjadi satu punca berlakunya rasa awkward antara satu sama lain.

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang remaja yang disoal siasat oleh kedua ibu bapanya kerana dia dituduh menghisap pod di dalam bilik.

Lihat video penuh di bawah:

@raihanaroslan1

ada je akal budak ni

original sound – Raihana Roslan

Disoal secara bertubi-tubi, remaja ini dilihat pasrah menjawab setiap soalan yang diberikan

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @raihanaroslan1 di TikToknya, remaja berkenaan dilihat tertekan menjawab satu persatu soalan yang diberikan oleh kedua ibu bapanya kerana dia dituduh memiliki dan menghisap pod.

Lebih menarik lagi, gelagat setiap adik-beradik yang suka menyakat turut memeriahkan suasana dengan gelak tawa.

Bukan itu sahaja, remaja ini juga mendedahkan perangai bapanya yang turut berkomplot menghisap pod secara senyap-senyap. Pendedahan tersebut turut ditambah dengan bebelan daripada si ibu.

Image via @raihanaroslan1 (TikTok)

Image via @raihanaroslan1 (TikTok)

Image via @raihanaroslan1 (TikTok)

“Dua kali lima je bapa dengan anak” – Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat setiap ahli keluarga tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 224.1K likes dan 942 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di laman sosial itu:

Image via @raihanaroslan1 (TikTok)

Image via @raihanaroslan1 (TikTok)

Image via @raihanaroslan1 (TikTok)

Masing – masing kantoi buat kerja tak clean 🙂

Image via GFYCAT

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News