HomeEntertainment"Jom Layan" - Ini 7 Historical K-Drama Yang Wajib Anda Tonton Di...

“Jom Layan” – Ini 7 Historical K-Drama Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix. Daebak!

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, K-Drama di Malaysia telah menjadi fenomena yang luar biasa

Bukan sahaja terkenal dengan muzik semata-mata tetapi drama dari negara itu juga semakin mendapat tempat di hati para peminat di Malaysia. Iyalah, bukan yang muda saja yang layan, tetapi golongan tua juga turut meminati K-Drama.

Semua orang juga tahu, K-Drama terkenal dengan plot penceritaan yang menarik. Malah, bukan itu sahaja view, pakaian dan lakonan mereka juga menarik perhatian.

Tambahan lagi, bagi drama yang bertemakan sejarah. Dari segi pakaian, tempat dan sebagainya akan membuatkan anda seolah-olah berada dalam zaman bersejarah mereka.

Jadi, jom kita tengok tujuh K-Drama berunsurkan historical yang menjadi pilihan di Netilix!

Image via Giphy

1. Alchemy of Souls (2022)

Image via Mydramalist

Bagi yang meminati salah seorang ahli kumpulan NU’EST iaitu Hwang Min-hyun, drama ini pasti akan menjadi pilihan anda. Ia mengisahkan tentang jiwa orang mati yang hidup semula disebabkan kekecohan yang berlaku di kalangan bangsawan. Namun, situasi mereka berubah apabila Jang Wook berjumpa dengan Mu-Deok Yi dan belajar dengannya cara-cara untuk berlawan secara rahsia.

Dibintangi oleh: Lee Jae-wook, Jung So-min, Hwang Min-hyun dan Shin Seung-ho

2. The King’s Affection (2021)

Image via Soompi

Siapa di sini pernah tengok drama Extraordinary Attorney Woo, pasti anda kenal dengan lead role drama itu iaitu Park Eun-bin. Dalam drama The King Affection ini, dia membawa watak yang berbeza di mana dia secara terpaksa menyamar jadi lelaki disebabkan abang kembarnya (putera mahkota) dibunuh oleh datuknya. Kisah mereka menjadi semakin menarik selepas dia terpaksa menjadi King di era Joseon pada ketika itu.

Dibintangi oleh: Park Eun-bin, Rowoon, Nam Yoon-sun dan Byungchan

3. Mr Queen (2020)

Image via Kworldnow

Bagi sesiapa yang inginkan drama santai dan boleh gelak ketawa, drama Mr Queen ini boleh membuatkan anda gelak tak kering gusi. Drama genre komedi ini dibintangi oleh Kim Jung-hyun yang mengisahkan tentang seorang lelaki moden yang tidak sengaja masuk ke dalam tubuh seorang puteri dinasti Joseon.

Dibintagi oleh: Kim Jung-Hyun, Shin Hae Sun, Seol In-ah dan Na In-woo

4. The Tale Of Nokdu (2019)

Image via Kdramadiary

The Tale of Nokdu juga merupakan siri drama yang bertemakan zaman bersejarah. Drama ini mengisahkan tentang seorang putera yang terbuang selepas keluarganya diserang dan ingin mencari dan membalas dendam. Akan tetapi, kampung si pembunuhnya hanya membenarkan wanita sahaja. Ekoran itu, dia terpaksa menyamar sebagai wanita dan berjumpa dengan Dong Joo iaitu calon wanita penghibur istana.

Dibintangi oleh: Kang Tae-oh, Kim So-hyun, Jang Dong-yoon, dan Hwang In-youp

5. 100 Days My Prince (2018)

Image via Netflix

Bagi para peminat kumpulan EXO pasti anda kenal dengan hero bagi drama ini iaitu D.O. Dia memegang watak sebagai Lee Yool yang merupakan seorang putera mahkota. Drama ini juga berlatarbelakangkan era dinasti Joseon. Pada suatu hari, Lee Yool hilang ingatan akibat diserang dan dia tinggal bersama dengan rakyat biasa.

Dibintangi oleh: D.O, Nam Ji-hyun, Kim Seon-ho, dan Han So Hee

6. Queen For Seven Days (2017)

Image via Soompi

Bagi sesiapa yang mahukan drama romantik yang penuh tragik, drama ini boleh jadi pilihan anda. Queen For Seven Days merupakan drama yang mengisahkan tentang seorang ratu yang naik dan turun takhta dalam masa 7 hari. Drama ini diinspirasi daripada kisah benar iaitu Lady Shin dari dinasti Joseon.

Dibintangi oleh: Park Min Young, Yeon Woo Jin, dan Lee Dong Gun

7. Hwarang: The Poet Warrior Youth (2016)

Image via Kdramadiary

Park Seo Joon sebelum terkenal dengan dramanya iaitu Itaewon Class, drama Hwarang ini juga merupakan drama yang popular dibintanginya. Gandingan Park Seo Joo, Park Hyung Sik dan salah seorang ahli daripada kumpula BTS iaitu V membuatkan drama ini semakin popular. Drama ini mengisahkan tentang sekumpulan kesatria dari kalangan bangsawan yang memiliki kekuatan lebih dari penduduk biasa.

Dibintangi oleh: Park Seo-joon, Go Ara, Park Hyung-sik, V BTS dan Choi Min-ho

Bila ada waktu lapang boleh lah tengok K-Drama ni, sambil feeling-feeling macam duduk dalam zaman dulu. Selamat menonton!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News