HomeEntertainment"Jalan Masih Panjang" - Filem Biopik Tentang Anwar Ibrahim & Wan Azizah...

“Jalan Masih Panjang” – Filem Biopik Tentang Anwar Ibrahim & Wan Azizah Dalam Pembikinan

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang diketahui ramai, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada 19 November ini

Dalam pada kesibukan mengenai PRU-15, sebuah syarikat produksi Indonesia kini sedang giat menghasilkan sebuah filem biopik yang berjudul Jalan Masih Panjang.

Filem tersebut mengisahkan tentang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Apa yang menarik perhatian adalah ia menampilkan gandingan pelakon hebat dari Malaysia dan Indonesia iaitu Farid Kamil dan Acha Septriasa.

Image via Utusan Malaysia

Farid Kamil memegang watak sebagai DSAI, manakala Acha Septriasa pula akan menggalas watak sebagai Wan Azizah

Difahamkan, berita itu tersebar ke media sosial selepas seorang pelakon dari Indonesia yang dikenali sebagai Hans de Kraker memuat naik gambar Farid Kamil bersama krew produksi filem tersebut.

Lihat ciapan penuh itu di bawah:

Weyhh!! Filem tentang @anwaribrahim akan jadi kenyataan!! Bukan biasa-biasa punya produksi dan pelakon. Melibatkan 2 negara. Yg akan jadi Anwar Ibrahim @FaridKamilZ . Yang akan melakonkan watak @drwanazizah adalah @septriasa_acha . Director pula @vivawesti ! Tak sabar weyh! pic.twitter.com/JpmWo9Pjef

— Mad Marquez (@madmarquez) November 7, 2022

Setakat ini, jalan cerita filem itu masih tidak dapat dipastikan secara menyeluruh. Namun, kebanyakan netizen di media sosial berasa teruja untuk menontonnya.

Image via Kopi Planet

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News