HomeEntertainmentGelagat Pekerja Tengah Bersihkan Restoran Tiba-Tiba Penyapu 'Hilang' Ini Bikin Dekah Ramai

Gelagat Pekerja Tengah Bersihkan Restoran Tiba-Tiba Penyapu ‘Hilang’ Ini Bikin Dekah Ramai

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti pernah mengalami situasi seram dalam hidup bukan?

Kejadian misteri sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu. Ada yang berani untuk melihat entiti atau hantu di depan mata sendiri. Ada juga yang tidak boleh melihatnya kerana takut disampuk.

Namun, lain pula yang berlaku dalam sebuah video ini apabila seorang pekerja restoran lari lintang-pukang kerana ‘dikacau’ semasa sedang menyapu lantai mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

pic.twitter.com/nI7qpWejQ3

— . (@anthraxxx781) October 12, 2022

Pelik penyapu tiba-tiba ‘hilang’, sekali terus lari lintang-pukang bila terjatuh dari ketiak

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna Twitter bernama @anthraxxx781, kelihatan pekerja restoran tersebut sedang menyapu lantai.

Apa yang membuatkannya cuak dan seram adalah apabila sebaik saja dia mengangkat telefon, dia perasan penyapu itu sudah hilang dari tangannya.

Kemudian, dia pergi ke belakang restoran untuk mengambil penyapu baru. Apabila dia ingin mengambil penyodok, penyapu asalnya tadi terjatuh dari ketiaknya dan perkara itu membuatkan dia terkejut lalu berlari kerana takut.

Image via @anthraxxx781 (Twitter)

“Nasib dia sedar awal kalau tak dia bawak balik rumah penyapu tu 2 tahun kemudian baru sedar terkepit kat ketiak” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 598.5K views, 2.4K retweets dan 3.3K likes di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pekerja restoran berkenaan.

Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman sama sepertinya kerana terlupa di mana mereka meletakkan barang.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Image via @anthraxxx781 (Twitter)

Image via @anthraxxx781 (Twitter)

Image via @anthraxxx781 (Twitter)

Image via @anthraxxx781 (Twitter)

Image via @anthraxxx781 (Twitter)

Image via @anthraxxx781 (Twitter)

Image via @anthraxxx781 (Twitter)

Image via @anthraxxx781 (Twitter)

Hmm, tak tahu nak kesian ke nak gelak kat akak ni 😀

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News