HomeEntertainment"Comelnya!" - Telatah Bayi Tiru 'Mimik' Muka Si Bapa Ini Undang Tawa...

“Comelnya!” – Telatah Bayi Tiru ‘Mimik’ Muka Si Bapa Ini Undang Tawa Netizen

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bayi sering mendapat perhatian yang lebih kerana mereka sangat istimewa & comel

Zaman kini, merakam moment dan saat-saat indah bayi ketika di awal usia sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan ibu-ibu.

Gelagat mereka sering menjadi perhatian kerana dilihat sangat comel dan mencuit hati. Senyum, tawa dan tangisan mereka bakal dirindui apabila mereka sudah besar nanti.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok di mana seorang wanita ini secara tidak sengaja merakamkan reaksi comel dari bayinya kerana ‘meniru’ riak wajah lucu daripada bapanya.

@intannurazieka Abah, apa awak ajar dia ni? @Qibxx Ala Sipak Nando Nando Meyden – DJ Bolang

Kecil-kecil lagi sudah punya bakat ‘lucu’ yang terpendam

Menerusi video yang dimuat naik oleh @intannurazieka di TikToknya, wanita tersebut merakamkan tabiat suaminya yang suka membuat mimik muka yang lucu ketika dia sedang sarat mengandung.

Lebih menarik lagi, selepas bayi tersebut berumur 2 bulan. Secara tidak sengaja, wanita ini berjaya merakam detik comel di mana bayi tersebut ‘meniru’ wajah lucu bapanya itu.

Reaksi bayi tersebut turut meraih ramai pujian dan mencuit hati warganet.

Image via @intannurazieka (TikTok)

Image via @intannurazieka (TikTok)

“Sekali dengan aku nak kenyit mata tgok baby ini.” – Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan kecomelan bayi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 160.7K likes dan 1.8K comments.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @intannurazieka (TikTok)

Image via @intannurazieka (TikTok)

Image via @intannurazieka (TikTok)

Bapak borek, anak rintik 😀

Image via PICGIF

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News