HomeEntertainment"Bukan Dari Jepun Atau Korea" - Jenama Nakada Sebenarnya Asal Buatan Malaysia

“Bukan Dari Jepun Atau Korea” – Jenama Nakada Sebenarnya Asal Buatan Malaysia

Sementara itu, Aznil yang juga bapa tunggal kepada tiga anaknya, Fildza Haifa 32, Fariq Haizen, 27 dan Firdaus Hariz, 13, berkata kehadiran jenama itu memudahkan rutin hidupnya.

Figura kelahiran Kampung Datuk Keramat KL yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (Kategori Pengacara Paling Lama Berkhidmat) itu sendiri juga mengakui skil memasak terus diasah saban hari.

“Apabila jadi bapa tunggal kenalah belajar memasak. Dulu masa zaman bujang, skil itu mungkin terbatas. Tapi sekarang kalau diminta masak menu itu, ini… mungkin saya boleh siapkan.

“Tambah pula, memasak sekarang tak perlu skil. Konsep letak bahan dan campur diperlukan dalam mesin, siap dan boleh dimakan.

“Sejak Mei tahun lalu saya dilantik jadi duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, lagi tambah senang kerja dan hidup ini,” katanya.

Bagi selebriti yang aktif dengan kerja kebajikan itu, pembabitannya sebagai duta bukan sekadar melobi dan meningkatkan kesedaran ramai terhadap jenama itu.

“Bahkan saya juga akur pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu memberi kesan kepada ramai orang. Ia termasuk dalam aspek perbelanjaan ekonomi.

“Justeru, saya berbincang dengan pihak mereka untuk mengadakan sesi belian harga istimewa. Permintaan itu diperkenankan dan sekali gus membolehkan orang ramai memiliki barangan jenama itu dengan harga runtuh.

“Setiap minggu atas kapasiti sebagai duta, saya akan buat satu jam sesi siaran langsung di media sosial termasuk Facebook, Instagram dan TikTok. Dalam tempoh itu belian harga duta membolehkan pengikut media sosial membeli barangan jenama itu dengan potongan diskaun hingga 70 peratus,” katanya.

Jika di Malaysia, Pak Nil menjadi pilihan. Namun di pasaran Hong Kong, posisi duta sama diambil selebriti Kiki Sheung sejak lebih 10 tahun lalu.

“Kebetulan ketika saya mencari butiran mengenai dirinya (Kiki), kami sebaya berusia 59 tahun.

“Ternyata jenama ini lebih memilih artis senior berbanding budak baru nak ‘up’ (BBNU). Pengalaman itu lebih mahal nilainya. Saya juga anggap ini rezeki di era pandemik,” katanya.

Must Read

Related News