HomeEntertainment7 Hospital Bersalin Swasta 'Recommended' Sekitar Kuala Lumpur & Selangor

7 Hospital Bersalin Swasta ‘Recommended’ Sekitar Kuala Lumpur & Selangor

Cover image via Andorra Care & Hospital Pusrawi

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hal ini kerana kita semua tahu bahawa proses melahirkan bayi bukanlah mudah, jadi sudah tentu kita ingin memilih hospital yang memberikan servis terbaik lebih-lebih lagi mereka yang pertama kali ingin melahirkan. Betul tak?

Bagi yang berpengalaman pula, ada yang mengambil keputusan sama ada ingin bersalin di hospital sama kerana sudah selesa. Ada pula yang menukar pilihan atas beberapa faktor seperti kos bersalin, keselesaan, pilihan cara bersalin dan sebagainya.

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan beberapa pilihan hospital swasta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

1. Hospital Pusrawi

Hospital ini istimewa dan menjadi pilihan wanita Melayu kerana menyediakan pakar perbidanan dan sakit puan oleh doktor wanita Muslim. Mereka menerapkan elemen Islamik menerusi semua prosedur termasuklah penjagaan aurat pesakit semasa menerima rawatan di sana.

Lokasi: 149, Jln Tun Razak, Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2. Hospital Pantai

Hospital Pantai Kuala Lumpur mempunyai ramai doktor pakar perbidanan dari kalangan lelaki dan perempuan. Ini termasuklah staf dari kalangan jururawat yang mempunyai pengalaman tinggi dalam penjagaan ibu bersalin dan bayi yang baru lahir.

Lokasi:
8, Jalan Bukit Pantai, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3. Sunway Medical Centre

Sunway Medical Centre sememangnya terkenal di seluruh Malaysia. Hospital swasta ini menyediakan penjagaan sebelum, semasa dan selepas kelahiran bayi anda. Mereka juga menawarkan perkhidmatan percuma seperti gambar polaroid keluarga, kad jejak bayi dan rakaman pendek semasa bersalin.

Lokasi:
5, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya, Selangor

4. Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL

KPJ Tawakkal menawarkan pakej bersalin secara normal dan juga caesarean. Untuk pakej bersalin, anda perlu mendapatkan maklumat secara terus daripada pihak hospital. Tenaga pakar perbidanan hospital ini terdiri daripada doktor lelaki dan wanita yang sangat berpengalaman. Pakej mereka termasuk harga asas bagi caj wad, suntikan vaksin bayi, penjagaan selepas bersalin dan tidak termasuk caj-caj tambahan jika berlaku kecemasan.

Lokasi:
1, Jalan Pahang Barat, Pekeliling,
53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

5. Al Islam Specialist Hospital

Hospital ini menyediakan pakej bersalin normal bermula dari penginapan 2 hari 1 malam pada harga di bawah RM3,000. Hospital Al Islam juga bersifat mesra ibadah dengan menyediakan perkhidmatan terbaik khususnya untuk ibu-ibu Muslim yang merancang untuk bersalin tanpa sebarang isu aurat.

Lokasi:
85, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

6. Hospital Columbia Asia

Untuk bersalin di hospital ini, para ibu diingatkan untuk membuat medical check up sekurang-kurangnya dua kali untuk mendapatkan pakej rawatan di sana. Harga pakej termasuk penginapan, pemeriksaan pendengaran bayi, penjagaan nurseri, vaksinasi BCG dan Hepatitis B.

Lokasi:
Lot 69, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13,
46200 Petaling Jaya, Selangor

7. ANDORRA Women and Children Hospital

Hospital Andorra telah menjadi pilihan ramai ibu mengandung di luar sana. Salah satu sebabnya adalah kerana ia merupakan satu-satunya hospital yang mempunyai keseluruhan staf dan doktor wanita. Selain itu, mereka juga menjalankan servis penjagaan kesihatan mesra syariah buat wanita dan kanak-kanak. Malah, makanan yang disediakan juga sedap-sedap belaka, bertaraf hotel tau!

Lokasi:
19, Jalan Utama Suria Tropika 1, Taman Suria Tropika,
43300 Seri Kembangan, Selangor

via GIPHY

Image via SAYS Seismik

You may be interested in:

Must Read

Related News