HomeUncategorized"Baru Tahu!" - Ini Nama Penuh 10 Jenama Terkenal Dunia Yang Anda...

“Baru Tahu!” – Ini Nama Penuh 10 Jenama Terkenal Dunia Yang Anda Mungkin Tak Pernah Dengar

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita pasti sering dengar jenama-jenama terkenal dunia yang didapati di Malaysia bukan?

Image via GIPHY

Bukan saja barangan elektrik, malah jenama baju dan makanan juga kelihatan sudah biasa disebut di bibir-bibir masyarakat. Terutamanya jika jenama tersebut mempunyai kualiti yang bagus dan terkenal. 

Namun, rupa-rupanya sesetengah nama jenama yang kita sering sebutkan itu mempunyai nama penuh dan makna disebaliknya. Yang kita selalu sebutkan hanyalah singkatan. Nak tahu lebih lanjut? Jom! 

1. Toshiba – Tokyo Shibaura

Gambar sekadar hiasan.
Image via The New York Times

Toshiba dibangunkan pada tahun 1939. Nama tersebut adalah hasil penggabungan 2 buah syarikat iaitu Tokyo Denki dan Shibaura Seisaku-sho.

Haa baru tahu kan? Selama ini ingatkan jenama Toshiba memang dah nama penuh dah. Jenama Jepun ini terkenal dengan barangan elektrik yang berkualiti seperti mesin basuh, peti sejuk, komputer riba dan banyak lagi. 

2. HP – Hewlett Packard

Gambar sekadar hiasan.
Image via Laptop Mag

Hewlett Packard yang dikenali dengan singkatan HP terkenal dengan barangan seperti laptop, printer dan lain-lain. Nama tersebut dipetik daripada 2 pengasas yang bernama Bill Hewlett dan David Packard. Jenama ini merupakan jenama daripada Amerika Syarikat. 

3. LG – Lucky Goldstar

Gambar sekadar hiasan.
Image via LG.com

Ya, anda tidak salah baca. LG merupakan singkatan daripada Lucky Goldstar dan bukan Life’s Good. Life’s Good merupakan cogan kata. LG merupakan jenama Korea Selatan. 

Pada awalnya, LG dikenali sebagai Lak Hui Chemical Industrial Corp. Lak Hui dalam bahasa Korea bermaksud lucky iaitu beruntung. Mereka bergabung dengan Syarikat Goldstar yang menjadikan jenama ini dikenali sebagai Lucky Goldstar. 

4. BMW – Bayerische Motoren Werke

Gambar sekadar hiasan.
Image via BMW Malaysia

BMW merupakan jenama terkenal daripada Jerman. Kereta bertaraf luxury ini memang sangat cantik dari segi luaran dan dalaman. Nama penuh jenama ini adalah Bayerische Motoren Werke yang bermaksud Bavarian Motor Works dalam Bahasa Inggeris. 

5. H&M – Hennes & Mauritz

Gambar sekadar hiasan.
Image via Fibre 2 Fahsion

H&M merupakan gabungan Hennes dan Mauritz. Hennes bermaksud kepunyaan wanita dalam bahasa Sweden. Mauritz pula merupakan nama sebuah kedai yang telah dibeli oleh pengasas H&M iaitu Erling Persson. Mereka ternyata menggabungkan initial huruf nama masing-masing. 

6. Uniqlo – Unique Clothing

Gambar sekadar hiasan.
Image via Asia Biz Today

Jenama terkenal daripada Jepun ini telah mempunyai banyak cawangan di serata dunia. Uniqlo yang dikenali sebagai Unique Clothing ini ternyata mempunyai sejarah silam tentang jenama mereka. Petugas pendaftaran tersalah dengar huruf c ke q menjadikan Uniclo kini menjadi Uniqlo. Perkara itu kekal sehingga hari ini. 

7. IKEA – Ingvar, Kamprad, Elmtaryd, Agunnaryd

Gambar sekadar hiasan.
Image via IKEA

IKEA merupakan jenama daripada Belanda. Pengasas IKEA bernama Ingvar Kamprad. Oleh sebab itu, huruf I dan K dipetik daripada namanya. Kemudian, huruf E dan A pula berasal daripada Elmtaryd dan Adunnaryd yang merupakan ladang dan perkampungan pengasas itu dibesarkan. 

8. LEGO – Leg Godt

Gambar sekadar hiasan.
Image via KRWG

Lego ditubuhkan pada tahun 1932. Lego merupakan jenama Denmark. Lego merupakan singkata Leg Gogt yang bermaksud ‘main dengan baik’ dalam bahasa Denmark. 

9. M&M’s – Mars & Murrie’s

Gambar sekadar hiasan.
Image via BBC

Siapa saja yang tidak kenal coklat M&M’s bukan? Rasanya anak-anak kecil paling gembira dan suka kalau diberikan coklat ini. Jenama coklat ini berasal daripada Amerika Syarikat. Nama tersebut diilhamkan daripada nama keluarga dua pengasas iaitu Forrest Mars dan William Murie. 

10. HSBC – The Hongkong Shanghai Banking Corporation)

Gambar sekadar hiasan.
Image via News Straits Times

HSBC merupakan akronim daripada The Hongkong Shanghai Banking Corporation yan ditubuhkan oleh Sri Thomas Sutherland pada tahun 1805. Syarikat perbankan ini terus berkembang di serata dunia. 

Baru tahu kan? Rupanya ada makna dan sejarah di sebalik semua jenama tu 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News