HomeEntertainment"Auto Senyum" - Gelagat Budak Perempuan Ini Bertukar Ekspresi Wajah Curi Tumpuan...

“Auto Senyum” – Gelagat Budak Perempuan Ini Bertukar Ekspresi Wajah Curi Tumpuan Netizen

Cover image via
@adieqciccy (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah kan, perempuan mana yang tidak suka nampak cantik di hadapan kamera. Ada yang sampai belajar cara-cara nak posing dengan menarik semata-mata untuk gambar OOTD.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang budak perempuan yang terus bertukar ekspresi wajah apabila ibunya ingin mengambil gambar telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@adieqciccy

AdieqCiccy @ElssyArianaAleesha

DJ I m Addicted To – DJ Bambu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adieqciccy, kelihatan seorang lelaki sedang mendukung anak perempuannya bersama seekor arnab.

Anaknya itu pada mulanya membuat reaksi seperti ingin menangis apabila dia menghulurkan arnab tersebut. Lelaki itu kemudian memberitahu bahawa ibunya mahu mengambil gambar.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila ekspresi wajah anaknya itu terus bertukar dari muka muram kepada tersenyum sambil mengusap-usap arnab tersebut. Hal ini membuatkan si ayah terus tak terkata melihat gelagat anaknya itu.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu budak perempuan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 715.1K views, 71.1K likes dan 1.6K comments di Tiktok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tiktok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News