Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum mengetahui, banyak program keilmuan atau ceramah yang sentiasa dijalankan di masjid
Kadangkala, ada penceramah jemputan khas untuk memberi perkongsian tentang sesuatu topik itu. Kebiasaannya, akan ada yang menggelar penceramah itu sebagai habib.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang habib melempar duit ke arah jemaah tanda sedekah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Allahuakhbar. Mmg terkejut tengok ending Komen pulak semua duk hype sangat konon ibadah sedekah. pic.twitter.com/Ao5H0Xbr6O
— REBEL (@AinulNunanaa) October 9, 2022
Tak nak ada yang kecil hati, beliau dilihat melemparkan duit sehingga berterbangan
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang memaparkan situasi di dalam sebuah masjid di Indonesia.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila salah seorang habib bangun dan berjalan ke arah jemaah selepas selesai perkongsian. Lebih membuatkan ramai terpaku lagi adalah apabila dia dilihat membaling duitnya itu ke arah jemaah.
Orang ramai dilihat berebut dengan duit yang berterbangan itu. Tindakan habib itu telah meninggalkan tanda tanya beberapa pihak adakah caranya wajar dilakukan.
Namun, ada komen yang mengatakan dia bersetuju dengan cara habib itu.
Image via @AinulNunanaa (Twitter)
Image via @AinulNunanaa (Twitter)
“Maaf aku mungkin tak kenal dia siapa atau pangkat dia habib ke apa ke, tapi aku selalu diajarkan dalam hidup, adab lebih penting dari ilmu” – Netizen
Susulan tularnya video berkenaan sehingga meraih 437K views, 4K retweets, 1K quote tweets dan 6K likes di Twitter, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
bengong bagi rezeki mcm tabur dedak kat ayam
— che’ pah (@eiffajamalulail) October 9, 2022
Memberi rezeki? Perasan diri macam tuhan
— lady sedih (@backupkenalock) October 9, 2022
Serupa bagi makan ayam…tabur jagung ayam berebut makan
— Prince Yoshiro (@PrinceRayDauz) October 9, 2022
Islam ckp, nak sedekah, sorok2. Bile camni, dah nampak pelik lak.
— Addie Cat (@aiden_crayden) October 9, 2022
Cuba bezakan campak duit dengan bagi pisang letak dekat 1 tempat. Mana yang lebih baik dan beradab? Memberi rezeki itu bagus. Tapi cara memberi tu kena pada tempatnya.
— ZULFIKAR ISMAIL (@ismail_zulfikar) October 9, 2022
Nak bagi rezeki taknak kasi orang terasa hati, kau buat la quiz ke, hafazan ke petikan hadith ke.. kalau jadi pertumpahan darah sana kau nak responsible ke
— ariyyasa (@ariokayyy) October 9, 2022
Hanya seorang hamba Allah ni berdiam diri walhal dia paling hadapan manakala yang lain.. mashaallahhh. pic.twitter.com/dFcO3jIY0z
— e ee (@neemcikmad) October 9, 2022
Gini ke contoh perangai habib yg ramai sangat orang taksub tu? Mana hilangnya adab sedekah? Tak rasa diri tu terhina ke sampai nak kena kejar “duit sedekah” yg dibaling gitu?
— (@xnsdgxf) October 10, 2022
Allahu ape ke benda la manusia2 mcm ni. Adab memberi ni tak payah sampai hafal 30 juzuk al-Quran pun boleh faham dah. Makin aneh-aneh manusia
— Syafeek Ikhwan (@SyafeekIkhwan) October 9, 2022
Bukan ke sebaik baik sedekah ibarat tangan kanan yang memberi hinggakan tangan kiri tak tahu? People nowadays
— Bumblebee (@ZaraWanee) October 9, 2022
Betul dia tak nak orang kecil hati, mungkin ada cara yang lebih baik 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik