HomeUncategorizedViral Di Media Sosial Vaksin Covid-19 Dijual Secara Online, Shopee Tampil Beri...

Viral Di Media Sosial Vaksin Covid-19 Dijual Secara Online, Shopee Tampil Beri Penjelasan

Umum sedia maklum, kumpulan pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech telah pun selamat tiba di Malaysia bulan lalu dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin itu

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial sekeping foto memaparkan vaksin Covid-19 Pfizer yang dijual menerusi platform dalam talian di Shopee.

Menurut laporan, iklan yang tular di media sosial kononnya penjualan vaksin Covid-19 Pfizer itu pula berharga cuma RM63.88.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan, iklan jualan dalam talian membabitkan vaksin Covid-19 Pfizer yang tular di media sosial adalah palsu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan, pihaknya mengambil maklum berhubung iklan tersebut dan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi mendapati ia adalah palsu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Image via Malay Mail

Dalam pada itu, Shopee menafikan penjualan vaksin Covid-19, Pfizer, seperti mana gambar yang tular di media sosial

Shopee dalam satu kenyataan mengesahkan tidak menemui senarai yang serupa seperti di dalam gambar tersebut.

“Gambar itu sebenarnya telah diubahsuai seolah-olah penjualan vaksin berkenaan disenaraikan di dalam laman jualan kami tetapi sebenarnya ia palsu serta tidak wujud.

“Imunisasi Covid-19 adalah masalah kesihatan negara yang tidak boleh dianggap remeh,” katanya.

Tambahnya lagi, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyedari berita palsu ini.

“Kami ingin mengingatkan semua orang bahawa penyebaran maklumat palsu mengenai vaksin sedang dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC,” ujarnya.

Iklan vaksin Covid-19 Pfizer yang tular di media sosial sebenarnya adalah palsu.
Image via Kosmo!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News