HomeEntertainment Wanita Tak Sangka Ada Lelaki Misteri Sembunyi Dalam Almari Masa 'Check-In'...

[VIDEO] Wanita Tak Sangka Ada Lelaki Misteri Sembunyi Dalam Almari Masa ‘Check-In’ Hotel

Cover image via
@dobidina.hq (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tambahan lagi, jika kaum wanita yang check-in. Bukan apa, takut kalau ada kamera tersembunyi ataupun perkara yang berbahaya di dalam bilik itu.

Namun, baru-baru ini kita digemparkan dengan video di TikTok apabila seorang wanita terkejut apabila menjumpai seorang lelaki misteri yang menyorok dalam almari bilik hotelnya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, seorang wanita dan keluarganya dilihat sedang check-in di sebuah hotel dan masuk ke bilik mereka.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila wanita itu menjumpai seorang lelaki yang tidak dikenali di almari mereka. Wanita itu sangat terkejut dan terus merakam kejadian itu untuk dilaporkan kepada pihak polis.

Alasan lelaki itu mengatakan bahawa dia ditipu dan discam oleh seseorang sehingga dirinya masuk ke bilik itu. Kes ini masih disiasat oleh pihak polis.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@dobidina.hq

Reply to @dobidina.hq Harap semua tidak membuat sebarang spekulasi kerana pihak pdrm masih membuat siasatan. Harap perkara ini menjadi iktibar buat semua

Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.1M tontonan, 42K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News