@hannakyraz (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Namun, tindakan untuk berselingkuh atau curang merupakan satu perkara yang tidak sewajarnya dibuat. Perkara itu malah akan mengeruhkan keadaaan dan merosakkan hubungan rumah tangga.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita terpaksa mengupah jurugambar untuk mengumpul bukti suaminya curang telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita dan photographer sedang berada di dalam kereta. Dipercayai, kereta itu diparkir di depan sebuah hotel.
Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila wanita itu sanggup mengupah photogrpher untuk menangkap gambar suaminya selingkuh. Jurugambar itu dilihat dapat menangkap gambar suami clientnya dan seorang wanita dari dalam kereta.
Namun, netizen terpukau dengan kecantikan wanita itu sehingga ramai tidak sangka mengapa suaminya bertindak curang.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 98K tontonan, 4K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: