HomeEntertainment "Touch Screen" - Cara Guru Ini Mengajar Anak Muridnya Curi Perhatian...

[VIDEO] “Touch Screen” – Cara Guru Ini Mengajar Anak Muridnya Curi Perhatian Netizen

Cover image via
@sainstube (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perkara sebegitu mampu meningkatkan perhatian murid-murid dalam kelas dan ia juga boleh membuat murid-murid rasa lebih minat dengan pelajaran tersebut.

Tular satu video baru-baru ini berkenaan seorang guru yang memanggil anak muridnya untuk menulis jawapan di skrin televisyen seolah-olah touch screen telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sainstube di TikTok, kelihatan seorang murid perempuan sedang cuba menulis jawapannya di skrin TV.

Video itu telah mengundang tawa ramai apabila TV itu sebenarnya tidak mempunyai fungsi touch screen. Sebaliknya, guru itu sendiri yang perlu menulis jawapan menggunakan iPad miliknya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan cara guru itu mengajar.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 341.5K views, 40.9K likes dan 667 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News