Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebanyakan orang memiliki kucing untuk dijadikan haiwan peliharaan di rumah
Mana taknya, kucing bukan saja comel, malah kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi. Tambahan lagi, gelagat kucing yang pelbagai ragam itu tidak pernah membuatkan tuannya bosan. Malah, kucing telah menjadi kawan atau sebahagian daripada sesebuah keluarga itu.
Namun, tular video di Twitter baru-baru ini tentang seorang pemuda menangis kesedihan akibat kucing kesayangannya mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pencinta kucing hadir the real sadness serious bekaca mata aku 😉 pic.twitter.com/ZGaU4zSZFx
— udejerr #savePalestine (@muhipppppp) May 22, 2021
Menangis teresak-esak sebab kucing tidak lagi bergerak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @muhipppppp di laman Twitternya, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai adik kepada @qilaistheone sedang menangis kesedihan disebabkan kucingnya sudah tidak bernyawa.
Apa yang membuatkan netizen sebak adalah apabila dia tidak berhenti menangis dan kelihatan gelisah apabila kucingnya itu tidak bergerak.
Walaupun telah dikejutkan banyak kali, kucing itu tetap tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kemudian, mereka sekeluarga membawa kucing tersebut ke pusat veterinar terdekat untuk diselamatkan.
Malangnya, kucing yang dikenali sebagai Pak Tam itu tidak lagi bernyawa akibat racun tikus. Lelaki itu kemudian membawanya pulang ke rumah untuk ditanam. Semasa dalam kereta, dia tidak berhenti mengusap kucingnya sambil menangis kesedihan.
part 2 pic.twitter.com/lUFiKdWQrc
— udejerr #savePalestine (@muhipppppp) May 22, 2021
last pic.twitter.com/gfPB67dXWb
— udejerr #savePalestine (@muhipppppp) May 22, 2021
“Cat lover here, i cry, rest in peace Pak Tam” – Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut merasa sedih dan bersimpati kepada pemuda itu. Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka apabila kucing kesayangan mereka mati.
Ketika artikel ini ditulis, video ini mendapat 15K retweets, 4K quote tweets dan 20K likes di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara perkongsian daripada netizen di Twitter:
Sedihnya. Teringat masa Mochi mati bulan puasa haritu. Takde sakit pon, mati mengejut jumpa depan pagar dah kejung. Mulut keluar darah, maybe termakan racun. Semoga kita jumpa lagi okay Mochi baby pic.twitter.com/5eKFYkP2LE
— Sya #Freepalestine (@syvvvv) May 22, 2021
i feel you bro. my cat just died 2 days ago, tak tau punca apa tapi mulut dia berbuih. kucing hi hidup tak sampai setahun lagi and also dia ada tinggalkan 4 ekor anak kucing comel yg baru saja dilahirkan pic.twitter.com/46VTM8VoxZ
— shfeeq (@shafiqlovatics) May 22, 2021
I feel u bro. Baru jadi kat aku juga haritu Time si oren mati, si putih tu duk berkeliaran je dekat kawasan oren tu disemadikan. Esok petangnya pulak, si putih tu mati juga Taktau sebab apa diorang mati hmmm pic.twitter.com/z0wY32sjW9
— Z̶ (@fredholu) May 22, 2021
Kucing aku mati masa lahirkan anak dia, memang sedih :’) pic.twitter.com/WuYK1bBSOl
— (@HafizalJabar) May 22, 2021
I feel u bro, kucing aku mati kena langgar dgn jiran sebelah rumah, kena langgar time dia tgh tidur, kucing aku mmg ada masalah pendengaran jadi dia tk dgr if something loud approach dia, tapi jiran aku takda masalah penglihatan . Btw, my cat name is Ken pic.twitter.com/V2xymJEVSa
— ασмιηє (@dnyasyraff_) May 22, 2021
orang kata kalau kucing termakan racun kena bagi air kelapa , sebab macam boleh kurangkan kesan racun tu . alhamdulillah , kucing aku selamat tapi kucing aku masih terkesan sebab racun tu
— nazz (@nzllrdzn) May 22, 2021
aku menangis teruk sebab ni je,only orang yang bela kucing je faham benda mcamni. Sambil tengok video sambil imagine mcam mana kalau kucing aku yg mati time tu,allahu
— queenlisa (@aainanurlisa_) May 22, 2021
Yeahh. Lepas habis tengok video ni terus rasa nak peluk sekoq sekoq kucing diya yang ada. Rasa taknak dorang pegi walau sorang suka cari pasal. Sedih sampai sumbat sumbat hidung
— Diyaa S.A.B.E.L.L.A (@HeyDiyaa) May 22, 2021
Dah tengok sedih bongok dah nangis 3 kali
— (@Waninordin__) May 22, 2021
Whoever in this video, i hope you’re strong. Saya yang tengok ni pun menangis apatah lagi awak semua yang menghadapinya. Semoga tabah selalu
— m #FreePalestine (@sayakanamirah) May 22, 2021
Allahu, yang tengok pun dah sedih dan sebak :'(
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang
Image via SAYS Seismik


