@nurinnor16 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sama juga kalau kita pergi ke rumah orang, pasti kita perlu menjaga adab menziarahi tuan rumah. Oleh sebab itu, kita disarankan tidak melakukan perkara yang tidak diingini tuan rumah.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang tuan rumah meluahkan rasa kecewa kerana tetamunya membuang lampin tanpa dibalut telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang merakam situasi rumahnya selepas mengadakan rumah terbuka.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila dia merakam ke arah tong sampah rumahnya, dia menunjukkan banyak lampin yang dibuang tanpa dibalut. Dia kemudian meluahkan rasa kecewa dan menulis kapsyen “bila tetamu tidak bertamadun”.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 127K tontonan, 1K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap tuan rumah tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: