@marwanzahari (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ilmu tersebut mampu menyelamatkan nyawa ramai orang. Oleh itu, sejak di peringkat sekolah lagi sehinggalah ke alam pekerjaan, kursus itu sering diajari.
Begitu juga dengan satu video yang tular baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki mempelajari kursus asas pertolongan cemas dan CPR bersama seorang pelatih wanita telah meraih perhatian warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @marwanzahari di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang mempelajari kursus pertolongan cemas dan CPR.
Apa yang mencuit hati warganet adalah apabila dia menunjukkan reaksi malu ketika tangannya disentuh oleh seorang pelatih wanita yang ingin membetulkan posisi tangannya.
Lebih menghiburkan adalah apabila lelaki tersebut tiba-tiba membuka kopiah yang dipakainya.
Ekoran tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 2.6M tontonan, 290.6K tanda suka dan 1.9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi lelaki tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: